Thursday 29 March 2012

Khusyuk dalam Solat



Bila ditanya, “kamu sembahyang ke tidak ni?”, sudah pasti jawapannya “ doh ler” dan ditambah lagi “aku sembahyang cukup lima waktu tiap-tiap hari”. Namun, melihatkan cara dan gayanya, pasti jawapan tadi agar meragukan. Allah s.w.t berfirman, “jangan dekati zina” tapi itu yang didekatinya.

Dalam surah al-ankabut ayat ke-45, Allah berfirman “Bacalah Kitab (al-Quran) yang telah diwahyukan kepadamu (Muhammad) dan laksanakan solat. Sesungguhnya solat itu mencegah daripada (perbuatan) keji dan mungkar. Dan (ketahuilah) mengingati Allah (solat) itu lebih besar (keutamaannya daripada ibadah yang lain). Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.” Namun, mengapa solat baginya tidak memberi kesan??

Solat sebenarnya merangkumi tiga bahagian iaitu tiga rukun. Rukun Qalbi, Rukun Qauli, dan Rukun Fi’li.

Rukun Qalbi :
 Merupakan lintasan hati (niat).

Rukun Qauli :
Diucapkan dengan lidah seperti:

-Melafazkan takbiratulihram sewaktu mengangkat takbir
-Membaca al-Fatihah
-Membaca tahiyat atau tasyajud akhir
-Membaca selawat atas Nabi SAW pada tahiyat akhir
-Mengucapkan salam pertama ke kanan

Rukun Fi’li :
Perbuatan yang dilakukan iaitu:

-Berdiri tegak
-Rukuk
-Iktidal
-Sujud
-Duduk antara dua sujud
-Duduk ketika membaca tahiyah akhir

Namun, seorang yang bersolat itu hendaklah (menghadirkan diri dan) khusyuk di dalam sembahyangnya; dan hendaklah dia menjauhkan diri dari perkara-perkara yang bersembahyang di kala telah dihidangkan makanan yang memecahkan seleranya; dan janganlah dia bersembahyang dalam keadaan menahan dari membuang air besar dan air kecil

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah (ayat 238) “Peliharalah semua sembahyangmu, dan peliharalah solat wushta. (berdirilah untuk Allah (dalam solatmu))  dengan khusyuk.” Khusyuk dalam solat merupakan antara elemen yang terpenting. Solat baik pasti dapat mentarbiah diri yang beribadah.

Allah berfirman lagi dalam surah al-Mukminun (ayat 1 dan 2) “Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya dan orang-orang yang menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang tidak berguna”..

Di antara memelihara memelihara sembahyang dan mendirikannya ialah, menimbulkan
kekhusyukkan dalam diri dengan sebaik-baikya, meneliti bacaan dan memahami makna-makna bacaan, merasakan rendah hati dan diri ketika rukuk dan sujud, memenuhi hati dengan kebesaran Allah SWT dan kesuciannya ketika bertakbir dan bertasbih pada seluruh gerak-geri dalam sembahyang, mengosongkan fikiran dan detikan hati berhubung dengan merasakan dunia dan meninggalkan perbicaraan dalam diri dalam sembahyang. Hendaklah menumpukan segala perhatian kepada sembahyang dan menunaikan secara baik mungkin, sebagaimana yang diperintahkan Allah, sebab sembahyang tanpa khusyuk tidak berguna sama sekali.

Seringkali kekhusyukan dalam sembahyang menguasai sebahagian ahli salaf keperingkat yang menakjubkan. Kadang-kala ketika berdiri atau sujud salam bersolat, burung datang bertengkar di atas mereka, dan menyangkakan bahawa mereka itu adalah tiang atau tembok, disebabkan mereka terlalu tenang dan kekhusyukan membuatkan mereka berdiri dan sujud terlalu lama..

Satu waktu, ketika rumah Sayyidina Ali Bin Husain r.a. terbakar, padahal beliau sedang khusyuk di dalam sujudnya. Orang ramai berteriak memanggilnya , “Wahai cucu Rasulullah! Api! Api! Namun beliau tetap melanjutkan sujudnya tanpa mengangkat kepalanya. Setelah selesai bersolat, beliau diberitahu tentang peristiwa yang terjadi, maka jawabnya, “ saya sedang sibuk dengan api akhirat ketika itu”

Di dalam sebuah riwayat, tersebut bahawa Allah SWT telah memecahkan gerak kerja sembahyang kepada 40 000 baris terdiri daripada para malaikat pada setiap baris terdapat 70 000 pula. 10 000 baris semuanya berdiri tidak rukuk dan tidak pernah sujud. 10 000 yang lain rukuk dan tidak pernah sujud. 10 000 lagi terus sujud, tidak mengangkat kepala dan 10 000 yang terakhir duduk, tidak bergerak-gerak pula. Semua faedah ini dikumpulkan kepada seorang hamba yang mukmin, apabila dia seembahyang dua rakaat. Bukankah itu merupakan rahmat dan kelebihan dari Allah SWT untuk hambanya yang mukminin?


1 comment:

  1. bw here.. drop here sambil follow2 awk.. nice info.. (=

    ReplyDelete