Thursday 29 March 2012

Khusyuk dalam Solat



Bila ditanya, “kamu sembahyang ke tidak ni?”, sudah pasti jawapannya “ doh ler” dan ditambah lagi “aku sembahyang cukup lima waktu tiap-tiap hari”. Namun, melihatkan cara dan gayanya, pasti jawapan tadi agar meragukan. Allah s.w.t berfirman, “jangan dekati zina” tapi itu yang didekatinya.

Dalam surah al-ankabut ayat ke-45, Allah berfirman “Bacalah Kitab (al-Quran) yang telah diwahyukan kepadamu (Muhammad) dan laksanakan solat. Sesungguhnya solat itu mencegah daripada (perbuatan) keji dan mungkar. Dan (ketahuilah) mengingati Allah (solat) itu lebih besar (keutamaannya daripada ibadah yang lain). Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.” Namun, mengapa solat baginya tidak memberi kesan??

Solat sebenarnya merangkumi tiga bahagian iaitu tiga rukun. Rukun Qalbi, Rukun Qauli, dan Rukun Fi’li.

Rukun Qalbi :
 Merupakan lintasan hati (niat).

Rukun Qauli :
Diucapkan dengan lidah seperti:

-Melafazkan takbiratulihram sewaktu mengangkat takbir
-Membaca al-Fatihah
-Membaca tahiyat atau tasyajud akhir
-Membaca selawat atas Nabi SAW pada tahiyat akhir
-Mengucapkan salam pertama ke kanan

Rukun Fi’li :
Perbuatan yang dilakukan iaitu:

-Berdiri tegak
-Rukuk
-Iktidal
-Sujud
-Duduk antara dua sujud
-Duduk ketika membaca tahiyah akhir

Namun, seorang yang bersolat itu hendaklah (menghadirkan diri dan) khusyuk di dalam sembahyangnya; dan hendaklah dia menjauhkan diri dari perkara-perkara yang bersembahyang di kala telah dihidangkan makanan yang memecahkan seleranya; dan janganlah dia bersembahyang dalam keadaan menahan dari membuang air besar dan air kecil

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah (ayat 238) “Peliharalah semua sembahyangmu, dan peliharalah solat wushta. (berdirilah untuk Allah (dalam solatmu))  dengan khusyuk.” Khusyuk dalam solat merupakan antara elemen yang terpenting. Solat baik pasti dapat mentarbiah diri yang beribadah.

Allah berfirman lagi dalam surah al-Mukminun (ayat 1 dan 2) “Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya dan orang-orang yang menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang tidak berguna”..

Di antara memelihara memelihara sembahyang dan mendirikannya ialah, menimbulkan
kekhusyukkan dalam diri dengan sebaik-baikya, meneliti bacaan dan memahami makna-makna bacaan, merasakan rendah hati dan diri ketika rukuk dan sujud, memenuhi hati dengan kebesaran Allah SWT dan kesuciannya ketika bertakbir dan bertasbih pada seluruh gerak-geri dalam sembahyang, mengosongkan fikiran dan detikan hati berhubung dengan merasakan dunia dan meninggalkan perbicaraan dalam diri dalam sembahyang. Hendaklah menumpukan segala perhatian kepada sembahyang dan menunaikan secara baik mungkin, sebagaimana yang diperintahkan Allah, sebab sembahyang tanpa khusyuk tidak berguna sama sekali.

Seringkali kekhusyukan dalam sembahyang menguasai sebahagian ahli salaf keperingkat yang menakjubkan. Kadang-kala ketika berdiri atau sujud salam bersolat, burung datang bertengkar di atas mereka, dan menyangkakan bahawa mereka itu adalah tiang atau tembok, disebabkan mereka terlalu tenang dan kekhusyukan membuatkan mereka berdiri dan sujud terlalu lama..

Satu waktu, ketika rumah Sayyidina Ali Bin Husain r.a. terbakar, padahal beliau sedang khusyuk di dalam sujudnya. Orang ramai berteriak memanggilnya , “Wahai cucu Rasulullah! Api! Api! Namun beliau tetap melanjutkan sujudnya tanpa mengangkat kepalanya. Setelah selesai bersolat, beliau diberitahu tentang peristiwa yang terjadi, maka jawabnya, “ saya sedang sibuk dengan api akhirat ketika itu”

Di dalam sebuah riwayat, tersebut bahawa Allah SWT telah memecahkan gerak kerja sembahyang kepada 40 000 baris terdiri daripada para malaikat pada setiap baris terdapat 70 000 pula. 10 000 baris semuanya berdiri tidak rukuk dan tidak pernah sujud. 10 000 yang lain rukuk dan tidak pernah sujud. 10 000 lagi terus sujud, tidak mengangkat kepala dan 10 000 yang terakhir duduk, tidak bergerak-gerak pula. Semua faedah ini dikumpulkan kepada seorang hamba yang mukmin, apabila dia seembahyang dua rakaat. Bukankah itu merupakan rahmat dan kelebihan dari Allah SWT untuk hambanya yang mukminin?


Remaja & Cinta..

Erti remaja = mereka yang berusia belasan tahun hingga awal 20-an (tidak termasuk lelaki 40-an ke atas walaupun minda mereka mengalami mutasi) yang selalu melihat sebahagian golongan muda ke sana dan ke mari dengan fail yang dikepit di ketiak tapi tak tahu apa yang diaorang cuba ketengahkan.

APA ERTI CINTA BAGI REMAJA
Dalam memberikan pendapat tentang cinta, Imam al-Ghazali dalam bukunya Kimia as-Sa'adah (Rahsia Kebahagiaan) mendefinisikan cinta sebagai "Satu kecenderungan yang membawa kepada perasaan yang menyenangkan. Ia adalah tarikan pemikiran, kesudian dan kecenderungan kepada yang disukai.”
Manakali ilmuan tersohor, Profesor Dr Hamka dalam memberikan pendapat tentang cinta menyatakan bahawa, "Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Cuma tanah yang berlainan menerimanya.
Jika ia jatuh ke tanah yang tandus, tumbuhlah kedurjanaan, kedustaan, penipuan, langkah serong dan lain-lain perkara tercela. Tetapi jika ia jatuh ke tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan, budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji."
Begitu indah ungkapan cinta diterjemahkan oleh dua insan mulia ini, Imam al-Ghazali dan Profesor Dr Hamka. Namun bagaimana pula tafsiran cinta oleh remaja secara umumnya. Adakah ia selari dengan ungkapan yang diberikan para ulama dan cerdik pandai, atau menepati kehendak agama dan adat? Adakah ia mengambil kira antara kebaikan dengan kemudaratan?

Antara cinta dengan C.I.N.T.A

Remaja dan cinta bagaikan dua perkara yang tidak dapat dipisahkan. Ketika di ambang usia remajalah, cinta mula dikenali. Semuanya berlaku apabila seorang insan yang dahulunya kanak-kanak kini mengalami perubahan dari sudut fizikal, mental, emosi, sosial dan moral. Inilah perubahan yang membawa seorang insan ke alam yang penuh mencabar iaitu alam remaja.
Ketika menjadi salah seorang panelis forum remaja dan cinta di sebuah kolej di Negeri Sembilan baru-baru ini, Ustaz Wan Aminuddin Haji Wan Abdullah berkongsi tentang C.I.N.T.A. Dalam ceria beliau menterjemahkan C.I.N.T.A. sebagai "Cuma Ingin Nak Test Aje".
Maka atas tafsiran inilah cinta yang suci menjadi mimpi ngeri bagi sesetengah remaja. Buktinya ialah apabila bertambahnya kes-kes perzinaan, kehamilan luar nikah, pembuangan bayi secara berleluasa dan pelbagai lagi penyakit sosial dalam kalangan remaja yang menjadikan cinta sebagai "C.I.N.T.A".

Cinta Suci Cinta Sejati

Cinta bukan sesuatu yang keji. Tidak pernah ia dimusuhi atau dibenci. Namun, hanya cinta yang suci murni yang mengandungi ketenangan dan keindahan. Maka ingin dikongsikan di sini secebis keindahan dan kelebihan cinta yang suci dan murni untuk sama-sama dihayati. Antaranya:

1. Tokoh-tokoh agama juga mengiktiraf kesucian dan keperluan cinta

Tiada agama yang memusuhi cinta. Sebab itu kebanyakan tokoh agama mengajak kepada cinta dan kebaikan. Berikut adalah antara ucapan tokoh-tokoh berikut tentang cinta:
  • CINTAILAH sesama manusia, seperti engkau mencintai dirimu sendiri – Nabi Muhammad s.a.w.
  • Jangan menangis kerana gagal dalam PERCINTAAN, sebab manusia akan meninggalkan semua yang dicintainya - Buddha
  • Apabila kita bersungguh-sungguh ingin MENCINTAI, kita perlu belajar memaafkan – Mother Teresa
  • Ketika anda diserang oleh musuh, taklukinya dengan CINTA – Mahatma Ghandi

2. Hakikat cinta abadi

Jika benar kita faham tentang cinta, tanamkanlah dalam jiwa kita lima kecintaan hakiki iaitu:
  • Cinta kepada Pencipta
  • Cinta kepada Nabi dan Rasul
  • Cinta kepada ibu bapa
  • Cinta kepada ummah
  • Cinta kepada kecemerlangan

3. Cinta perlukan keutamaan

Sebagai insan yang bijak, kita wajib tahu cinta yang mana harus diutamakan. Jika kita seorang remaja, cinta yang manakah harus kita utamakan?
Pada kekasih atau Tuhan? Lupakah kita bahawa yang menjadikan dan memberikan segala-galanya kepada kita adalah Tuhan, sedangkan kita tidak pernah berterima kasih dan mensyukuri segala nikmat yang diberikan oleh Allah kepada kita?
Pada kekasih atau Rasul s.a.w.? Sedarkah kita bahawa sebab cinta Rasulullah s.a.w. kepada kitalah, kita hari ini menerima kenikmatan sebagai Muslim? Bukan sedikit usaha dan pengorbanan Rasulullah demi umat manusia, namun berapa ramaikah antara kita yang mengenali baginda, apatah lagi mencintai junjungan besar Rasulullah s.a.w.?
Pada kekasih atau ibu bapa? Pada kekasih yang baru dikenal beberapa purnama atau pada ibu bapa yang memelihara kita penuh cinta dan kasih sayang sejak kita dilahirkan? Tidak tertulis dan terbanding pengorbanan mereka. Sayang seribu kali sayang, manusia terutamanya golongan remaja sering melukakan hati ibu bapa demi cinta kepada seorang kekasih.
Pada kekasih atau kecemerlangan? Ketika usia remaja, cinta pada ilmu adalah lebih utama. Kesungguhan mengejar kecemerlangan akan membuka ruang kepada cinta-cinta yang seterusnya.
Jangan sesekali ‘kantoi’ dalam kehidupan disebabkan percintaan!



Wednesday 18 January 2012

langkah permulaan..

seperti orang lain.. Kehidupan penuh dengan cabaran.. banyak pula cabang persimpangan..
menyebut tentang persimpangan, pasti pemilihan arah adalah jawapannya.. namun, cabang dalam hidup akan menentukan hari depan setiap orang.. sedarkah kita?? kalau dalam pencarian arah di hutan ataupun jalan raya, pasti kompas dan papan tanda yang akan menjadi panduan kita.. soalannya, arah jalan raya kehidupan kita??
apakah panduannya??

Firman Allah swt dalam Al-Quran:
Dia-lah yang mengutuskan Rasul-nya dengan membawa petunjuk dan agama yang hak agar dimenangkan-Nya terhadap semua agama. Dan cukuplah Allah sebagai saksi. (al-Fath:28)

Allah telah utuskan Rasulullah saw sebagai pebawa petunjuk kepada selurauh umat manusia.. jom kita renung-renungkan seketika.. Allah telah berikan garis panduan kepada kita umat manusia dalam kitabnya.. namun adakah kita ikuti?? Allah telah berikan kepada kita Rasulullah sebagai contoh untuk dicontohi, namun, adakah kita contohi??

Firman Allah swt dlm Al-Quran:
"Katakanlah: "sesungguhnya aku ini hanyalah seorang manusia, yang diwahyukan kepadaku: "Bahawa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan Yang Esa". Barangsiapa mengharapkan perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah iaa mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam beribadah kepada Tuhannya". (Al-Kahfi:110)

Rasulullah sebagai manusia biasa.. pernah tak kita fikirkan mengapa Allah pilih Rasulullah dalam kalangan manusia?? mengapa tidak sahaja Allah pilih Rasulullah dalam kalangan malaikat?? jawapannya, kerana manusia mampu melihat manusia.. sekiranya seorang manusia mampu melakukan sesuatu, manusia lain juga mampu.. ya, kita mampu mengikuti langkah rasulullah.. tapi pernahkah kita cuba untuk ikutinya??
Rasulullah pernah menjadi pemimpin negara, pernah menjadi penglima perang, pernah menjadi imam, pernah menjadi suami, pernah menjadi ayah,pernah menjadi seorang anak.. kita juga mampu..

Buatlah renungan seketika.. Pada zaman kegemilangan Abassiyah.. Ramai ilmuan-ilmuan islam yang dilahirkan.. pada asasnya, mereka berpandukan Al-Quran.. mereka berpandukan sunnah Rasulullah saw.. akhirnya nama Islam di julang pada ketika itu sehingga ada penuntut dari negara barat yang tinggal di kota baghdad itu semata2 untuk mempelajari ilmu pada ketika itu..

ayuh, bersamalah kita orakkan kaki, susun langkah untuk membina kejayaan di dunia dan di akhirat..
wassalam..